Ahad, September 07, 2008

Disalah Erti


Hubungan saya dengan keluarga memang rapat seperti susunan coklat-coklat yang enak ini namun keenakannya seakan kurang terasa apabila pencipta resepi coklat tidak lagi gembira. Saya umpama pencipta resepi itu.
Mengapa? Kerana saya langsung tidak menjangka tindakan saya disalah erti apabila membaca SMS adik kedua yang diterima daripada adik bongsu beberapa hari ini. Tidak sesekali berniat untuk menyelongkar harta peribadi sesorang malah saya bertindak secara tidak sedar membaca sms itu kerana:

1. Saya ingin berkongsi sms jenaka adik bongsu saya tentang baju yang kami tempah untuk persiapan raya.
2. Saya ingin mengetahui jumlah wang yang perlu saya bayar untuk 2 pasang baju.
3. Didorong naluri ingin tahu dan ambil berat seorang kakak. Salahkah?
Itu sahaja. Sebelum saya membaca sms itu, saya dan adik kedua sama-sama membuat rawatan rambut di salon. Ketika adik saya diminta untuk ke sinki khas mencuci rambut, ketika itulah tangan saya ringan untuk membuka sms telefon adik kedua saya. Di fikiran saya tidak ada niat lain, saya ulang saya hanya mahu berkongsi jenaka sms itu. Tambah lagi bila kami sama-sama ketawa apabila adik saya membacakan sebahagian isinya. Lagi pun, apalah salahnya sebab saya rasa saya didorong naluri seorang kakak dan saya merasakan saya sebahagian dari mereka. (Atau saya yang perasan? Mereka tidak begitu? Kasihan saya).

Namun, saya terkejut apabila adik saya yang tadi gelak ketawa dan bercerita panjang tentang hal-hal kehidupan selama beberapa jam kami di salon rambut, menjengilkan mata dan memarahi saya. Perlakuan seperti itu sangat menyedihkan!. Dan ia berlaku sebaik saya memberitahu saya membaca sms adik bongsu saya yang baru diperkatakan. Saya diperlakukan seperti saya adalah orang lain. Ia berlarutan lebih 20 minit malah beliau tidak peduli kepada beberapa pelanggan lain yang memerhati kami. saya jelaskan kepadanya secara baik, saya tidak berniat apa-apa cuma untuk berkongsi jenaka sms yang kami perkatakan tidak lama sebelumnya.


Rasa sedih itu begitu tajam rasanya dan ia berlarutan sehingga sekarang. Saya bukan selalu dapat melihat adik-adik dan ibu di depan mata. Saya di sini dengan kehidupan saya tetapi mana mungkin fikiran saya ini tidak berputar kerana sebagai anak sulung banyak tanggungjawab dan perkara yang perlu saya pikul. Saya tidak boleh menipu untuk tidak mengingati ibu dan adik-adik saya. Maka tiap-tiap kali saya pulang ke Seremban, saya akan pastikan saya meggunakan masa sebaik mungkin-merapatkan silaturrahim dan dengan itu kemesraan akan sentiasa dibajai.

Beberapa minggu sebelumnya ketika saya pulang ke Seremban, saya juga seperti dipinggirkan. Tidak sabar- sabar saya pulang untuk berjumpa mereka namun apabila melihat adik kedua saya ramah bercerita bersama adik bongsu saya, hati saya terdetik sendirian. "Kenapa begini." saya berbisik. Secara lembut saya menegur, ketika itulah adik bongsu saya tersedar tetapi tidak adik kedua saya.
Berbalik cerita tadi, saya menangis di dalam hati. Saya tidak memandu kereta pada hari itu dan memilih untuk menaiki komuter. Sebaik selesai berbuka , saya memeluk ibu saya yang ketika itu mengalami radang sendi lutut. Sudahlah hiba melihat ibu yang menggagahkan dirinya untuk memeluk saya sebelum pulang, hati semakin sedih hati dengan perlakuan adik saya sendiri. Saya tidak rancak berbual ketika kedua-dua adik saya ini menghantar saya ke stesyen komuter Seremban. Saya cuba menahan air mata tetapi gagal. Dalam perjalanan pulang hati dan fikiran saya juga diganggu ketajaman rasa sedih bercampur risau terhadap ibu saya terutama bila mendengar suaranya menahan-nahan rasa sakit tetapi pada masa sama cuba menggagahi diri.

Ketika bersalaman sebelum menaiki komuter, adik kedua saya memohon maaf kepada saya. Kepada dia, saya juga menyebut maaf dengan rasa sedih. Namun kedua-dua kesedihan (kesakitan ibu dan perlakuan adik saya) ini mengganggu saya sehingga sekarang. Kenapa saya sukar menerimanya? Sayakah yang emosional?

Muhasabah diri ( untuk diri sendiri)

1. Salah untuk membaca sms orang kecuali kecemasan.
2. Kawal rasa terlalu selesa dengan keluarga sendiri mahu pun teman baik kerana persepsi manusia terhadap sesuatu perkara tidak sama ( walaupun saya rasa orang itu sangat rapat dengan saya )
3. Kemaafan Dendam Yang Terindah.( mengambil tajuk lagu Aishah yang pernah popular sekitar tahun 90an)

8 ulasan:

  1. Salam...hai teacher syuk rse teacher bertuah sgt coz teacher alami perkara ni..nak tau sebab pe??sbb...teacher dpt kasih syg Allah melalui 1dugaan ni...dah bulan Ramadhan pulak tu..Syuk percaya Allah nak bagi sesuatu EXTRA SPECIAL untuk teacher dan family teacher...Smoga cepat sembuh drpd sakit perut tu..

    myy SyUKnoW
    "kalau dah PSYCHO tu..."

    BalasPadam
  2. Mas..hidup ini perlukan pengorbanan..kerana dari pengorbanan lahirnya pengalaman.Dari pengalaman terbitnya kedewasaan.Jika ketiga-tiga faktor dilengkapi kita dapat berdiri teguh..walau apa jua yang datang.Sedarlah tanggungjawab sebagai insan perlu diteruskan..
    Biarkan yang berlalu sebagai pengalaman yang perlu dipelajari.Atasi segala masalah yang ada secara muafakat bukan mencari masalah yang mendatang..renungkan.

    BalasPadam
  3. Salam cgu - membaca sedikit cerita cgu - apa2 semuga dalam hidup kita diberkatiNya. belajar dari bencana....

    BalasPadam
  4. salam cgu - semuga segala usaha kita diberkatiNya - dan belajar dari bencana...

    BalasPadam
  5. Mas..kehidupan termasuk 3 faktor iaitu rentetannya.Maka tercetuslah pengalaman.Lahirnya kedewasaan.Jika lengkap ketiga-tiga itu barulah manusia ini dapat memahami erti sebuah kehidupan..di dunia dan di akhirat..kasih sayang untuk keluarga dan kasih sayang sejati hanya kepada Allah.Renungkan..

    BalasPadam
  6. Segala yang terjadi ada hikmahnya..tidak dapat dilihat dengan mikroskop dan dihitung dengan kalkulator..

    BalasPadam
  7. salam..teacher,kadang2 apa yang kita alami dlm kehidupn sehari-hari,ada hikmah dsebaliknya..mungkn tdk muncul sekarng,esk lusa,kita x tahu..dugaan yg mndtg memusabahkn dri kita..

    ~nur fatin
    ~2 rk

    BalasPadam
  8. :)

    begitulah ceritaNya tentang
    soal hati & soal aib,

    maaf,
    zr

    BalasPadam

Solat Cara Nabi s.a.w