Isnin, April 25, 2011

tudung sama tanpa jemu

Pilihan tudung sama tapi tak pernah jemu
Dalam kehidupan kita, tidaklah pelik kalau kita menyukai sesuatu walaupun kita mempunyai banyak pilihan lain. Hari ini saya nak bercerita pasal tudung. Pernahkah anda kaum wanita yang mempunyai sekian banyak koleksi tudung tapi yang itu jugalah menjadi pilihan untuk dipakai. Saya telah lama mengalaminya dan sehingga sekarang sukar nak menghilangkan "habit" ini. Nak keluar baik dekat atau jauh, saya mesti pilih tudung ini untuk digayakan. Walhal ada lagi yang lebih cantik. Mungkin pertama coraknya sesuai untuk kebanyakan baju saya dan yang penting 'sauk' je tak perlu 'iron'. Walhalnya koleksi tudung dengan selendang yang ada  "trendy la"  jugakkan tapinya yang menjadi pilihan yang biru ini juga. Saya berkira-kira jika jumpa ala-ala kain sejuk  macam tudung biru ni dan dan janji corak yang menampakkan kemudaan saya..muda ke? hehehe, saya akan beli. Koleksi tudung lain? Kalau ada orang nak, saya berikan sahaja. 10 tahun punya koleksi beb. Cantik lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w