Khamis, Mei 19, 2011

Hari Pertama di Vietnam

Di ruang menunggu untuk berlepas
Kami menunggu di LCCT di ruangan berlepas sekitar pukul 7.50 malam. Sebenarnya lambat sepuluh minit berikutan hujan lebat. Tersangat lebat. Saya melihat kapal terbang lain meluncur laju dan y mendarat. Fuh, punyalah penat berjalan dan yang harunya laluan berlepas ke Vietnam adalah T13...hujung sekali. Tapi tu semua 'kicik punya hal'. Hati dah berbunga-bunga nak ke sana ni.
kaunter pemeriksaan passport antarabangsa
Alhamdulillah, akhirnya kami selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Tanson Nhat Vietnam  dalam pukul 9 waktu Vietnam  dan pukul 10 waktu Malaysia.  Ketika sampai di tempat pemeriksaan passport, salah seorang pegawainya( yang rambut putih) memberi soalan macam jawab periksa, fill in the blanks. "Mastura binti_____? katanya dalam dialek Vietnam . Saya pun menjawab dengan 'cool'nya. Dia senyum-senyum. Mungkin dia nak dengar saya bercakap dalam bahasa melayu kot.
Salah satu penanda arah
Sesampai kami di balai hadapan, di kawasan ramai orang menunggu, pemandu pelancong bernama Mr An menunggu dan saya melihat papan tanda tertera nama suami. Saya mengusik suami, 'belum pernah ada orang tunggu kita macam ni, siap nama besar pada papan tanda  hehehe". Tanggapan pertama saya, Mr Ann ni sangat ramah orangnya. Beliau memintakami menunggu di kawasan P14. Ketika menunggu rakan rombongan lain, saya sempat merakamkan salah satu gambar penanda arah di atas. Sebabnya saya tertarik dengan huruf-huruf tertentu perkataan dia orang ni ada tanda koma kat atasnya.
Nilah basnya...team rombongan Poto Travel


kari ikan, goreng sayur dan ayam goreng tumis macam kat Malaysia
Dalam bas, Mr Ann memperkenalkan diri dan bercerita tentang keunikan Vietnam dan memberitahu program awal pagi besok.  Bahasa yang digunakan dalam bahasa Ingeris dan sedikit bahasa Melayu yang mudah difahami. " Pandai gak dia ni cakap melayu" , saya berbisik dalam hati. Kemudian kami i dibawa ke Satay House, Restoran Makanan Halal di Ho Chi Minh City untuk menikmati makan malam. Lauk pun sedap macam orang Malaysia masak. Dalam kekenyangan menuju ke Hotel Kingston saya bersyukur dan kagumnyalah dengan bandar Ho Chi Minh sebab sebenarnya mereka maju dan untuk maju mereka berniaga sungguh-sungguh. Tak sabar tunggu besok ni..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w