|
Mr Ann menunjukkan kubu pertahanan rahsia bawah tanah semasa perang |
Pagi selepas sarapan, kami dibawa ke Chu Chi Tunnel, untuk melihat terowong bawah tanah kubu pertahanan semasa perang. Bagaimana dan apa kaedah digunakan rakyat Vietnam untuk melawan musuh ketika perang? Memang 'superb' la idea dia orang ni. Membina rangkaian perhubungan rahsia dan tersembunyi bawah tanah. Yang ada 'password' je tahu. Kambus dengan daun mati, seolah tak da apa tapi.. rahsia dalam rahsia.
|
Inilah terowongnya... |
Bayangkan saiznya adalah sebesar ini, muat-muat untuk orang bersaiz kecil masuk. Saya difahamkan, untuk menjadi gerila perang dulu, mereka mestilah bersaiz kecil dan makan pun ikat perut iaitu makan ubi kayu. Tahu tak panjang kubu bawah tanah ni adalah 240 kilometer. Mereka membina rangkaian komunikasi, hospital untuk merawat mangsa perang dan dapur-dapur memasak dalam kubu tersebut. Nak masak, mesti selepas 10 malam supaya asap tidak akan nampak, strategi untuk dapat dikesan pihak musuh.
|
Mr Ann menunjukkan demonstrasi bagaimana rakyat Vietnam memboloskan diri mereka ke dalam terowong |
|
Saya kusyuk mendengar dan membayangkan perang dan rahsianya. |
|
Replika rangkaian perhubungan bawah tanah |
|
Terowong masuk |
Ni yang saya nak cerita. Tadi Mr Ann buat demosrasi. Kali ini beliau mempelawa sesiapa yang ingin mencuba, melihat apa yang ada di dalamnya. Saya dan suami beserta beberapa orang rakan terus turun ke bawah. Bayangkan, sebaik menuruni anak tangga akhir ( gambar di atas), saya pun mula mengeclkan badan kerana laluan sempit dan mengikut orang paling hadapan. Kami tidak berjalan!. Kami merangkak perlahan-lahan. Laluan gelap. Sampai di satu persimpangan, perjalanan saya'terputus' kerana tidak nampak sebarang cahaya. Di belakang saya adalah suami dan ramai lagi. Dalam samar, saya berkira-kira, untuk ke kiri atau ke kanan. Saya pilih kanan kerana terdapat cahaya samar. Nak bergerak, sikit punya susah. Berliku dan sempit sekali!!.
|
Terowong keluar |
Dan akhirnya ini susur keluar. Saya dan suami berjaya keluar. Kira dapat membayangkan gerila tu macam mana kehidupannya di bawah tanah. Gambar kami tak sempat ambil kerana terlalu mengah huhuhu..Jaraknya 500 meter jer tapi bila dah lalu pengalaman ini , saya bersyukur pada Allah. Saya tidak hidup pada zaman perang. Fuh..berliku, sempit, sakit lutut sebab merangkak lama dan pergerakan perlahan.. agaknya camtula dia orang tapi dia orang dah lali.Saiz pun kecik jer..hehehe.
Di bawah ni adalah jerangkap samar untuk memerangkap musuh. Di atasnya macam biasa. Tapi bila dah terpijak, ia akan berpusing meyebabkan pihak musuh terkena cerucuk tajam tu.
|
Jerangkap samar untuk memerangkap musuh |
Inilah pengalaman pertama saya memasuki kubu bawah tanah. Melawat Terowong Chu Chi memberikan kesan mendalam kerana pertama dapat melawat negara orang dan kedua dapat merasai cebisan susah payah ketika perang. Walaupun situasinya berbeza dan saya sebagai pelancong, ia menyedarkan saya tentang perlunya bersyukur.
Gi mana lagi ni...bersambung selepas ini hehe.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan